Monday

if and only if

saya sebenarnya sedih dan kecewa . Tapi kekecewaan dan kesedihan kalau disimpan untuk berapa lama pun tiada faedahnya. antara sebabnya aku ingin cepat habis belajar dan pergi jauh buat seberapa lama pun. Sebab aku percaya ada banyak perkara yang aku boleh lakukan dengan sendiri. Tapi terlalu banyak mulut dan fikiran yang menjajah dan mereka meletakkan kata -kata mereka sebagai sesuatu yang muktamad. kadang-kadang , aku ingin lari dari pandangan mereka buat seberapa lama pun . Tapi nanti aku kena duduk hadap muka doktor sebab kononnya aku ini depressed dan perlukan bantuan dalam pelbagai bentuk . Tapi , kalau mereka tidak pernah mahu faham dan terima minat aku ini dan perangai aku sampai bila-bila mereka akan kata aku ini bermasalah dan perlu dibantu secara mental dan medikal sebab bertindak secara melulu.


 mereka perlu tahu yang aku juga hidup bernafas fikirkan terbaik untuk jalan hidup aku sendiri. Mereka juga perlu tahu sebetulnya aku ambil kira pelbagai aspek untuk membuat pilihan . Setiap percakap dan penerangan yang aku berikan pada mereka adalah kerana aku sudah kaji dan teliti untuk mengelakkan mereka daripada terus takut atau risau dengan segala benda yang aku ingin lakukan. Tapi yang paling kecewa , adalah mereka seolah-olah membayangkan aku akan melakukan perkara yang terlampau. Cukuplah, untuk kali ini aku sudah umur 23. sebelum risau dan takut, adalah lebih baik kamu semua pelajari untuk mengenal aku dari pelbagai sudut.



No comments: