Tuesday

travelog rabak.

setelah habis anarki di kuala lumpur aku berganjak ke travelog rabak.ini novel ada koloborasi ,masing-masing mempunyai kisah travel yang sama dari segi perjalanan yang dituju tapi lain pemanduannya.penulis-penulis koloborasi ini adalah jay,seyn dan syima scarlett.


jiwa aku tak berapa nak tenggelam dalam cerita jay ,aku rasa seolah-olah dia terlalu banyak mencuba untuk curahkan kisah dia waktu travel.ada certain part aku rasa dia tak jujur waktu penulisan di dalam travelog rabak ni.aku perasan jay ada mention tentang kedai makan yang sedap macam nasi lemak kukus zaeman dan nasi kandar power dan air jagung power jugak tapi dia tak berapa nak cerita macam mana agaknya rasa dia..dan tempat dia berada.jay dalam rabak ni tak sejiwa jay dalam anarki kuala lumpur.





shima aku rasa dia baru mentah mentah.mungkin tulisan dia dalam bahasa inggeris lagi rasa kot.dia banyak cakap tentang kewujudaan iphone disisi dia dan kisah dia mungkin di teringat waktu dalam perjalanan.dan perjalanan itu mungkin related dengan diri dia..kisah dia ke pantai timur dia pun tak banyak cerita  bagaimana orang sekeliling ,senang cerita aku tak rasa jiwa shima dalam penulisan dia tu.aku tak rasa dia patut tidur banyak waktu on the road.kata travel..




aku kena redah berpuluh muka surat untuk jumpa catatan seyn.di awal catitan seyn ada kata dia seorang penulis yang kosong sahaja (lebih kurang macam tu la dia kata) tapi aku rasa di antara penghidup travelog rabak ini..aku boleh bayangkan dengan lebih indah...kata-kata dia pula cantik ..ada beberapa ayat yang aku suka.kata -kata seyn adalah barisan seni yang punyai jiwa.




No comments: