Tuesday

hilang dari konteks minda yang tepat.

kegelapan ini aku pilih bukan sebab ini sahaja yang aku ada cuma aku rasa selamat dalam gelap.aku lebih dapat rasa sejuk bila tiadanya terang.aku tak pasti sama ada aku suka akan kegelapan ataupun kegelapan sudah larut dalam darah yang mengalir tanpa henti dalam badan aku ini.Keliru.Kekeliruan itu perlahan-lahan memakan aku.Aku mula rasa kepedihan dalam,aku mula rasa aku tenggelam dalam nafas  aku sendiri .Tapi siapa yang aku boleh panggil untuk tarik aku dari terus mati lemas ,lidah kelu ,tangan pula jauh dari penglihatan mereka .kadang-kadang aku seperti bernafas tanpa orang sekeliling .aku banyak sendiri .sampai biarkan diri aku ini berenang melawan diri dari jatuh mati dari Apa?aku pun tak tahu..aku masih aku yang keliru.Keliru.

No comments: