Thursday

bikin kotak terkoyak

segala tentang malaysia .

kadang-kadang saya cakap english ada lah di belakang.dalam seminggu mesti kena lepak minum dekat mamak.Saya tengok drama yang jalan ceritanya sama sahaja macam'anak tak pernah jumpa mak ,jumpa balik anak zalim dengan mak dia ,hina dia last last bila dapat tahu itu mak dia..mak dia sakit tenat..lalu meninggal' ,saya juga kadang-kadang dapat agak skripnya bagaimana'INi projek besar,projek ini bernilai 4.5 juta...kita akan pastikan rogayah holdings tidak mendapatnya..'Saya makan nasi setiap hari saya dengar radio yang mainkan lagu sama berulang-ulang kali.'forever lagu j.lo get on the floor'.Saya benci tengok orang bukan cacat parking dekat parking orang cacat.Hari-hari saya baca paper ada pasal politik dan konflik mereka.Saya berpendapat bahawa majalah mangga adalah majalah playboy versi malaysia dan saya kesal sangat kerana ia masih diedarkan di seluruh malaysia.Saya akan penat menunggu iklan yang lebih durasi dari drama yang ditayangkan.sungguh tidak adil.




1 comment:

pembaris said...

tak kerja lagi..??nanti dah kerja mesti bos masuk dalam list